+603 7731 0334 trainexinfo@gmail.com

Mak Cik Kiah termenung sayu di kepala tangga rumahnya. Otaknya menjadi buntu memikirkan nasibnya dan keluarganya yang telah dirobek oleh Covid-19. Bagaimanakah dia akan meneruskan kesinambungan hidupnya pasca Covid-19 ini. Norma-norma baharu menghantuinya. Beliau berfikir bagaimana mahu keluar membeli bahan-bahan mentah untuk menbuat keropok lekornya. Bagaimana mahu dipasarkannya? Pelanggan sudah tidak boleh lagi berpusu-pusu seperti dahulu. Penjarakan sosial mesti dipatuhi. Ini akan memakan masa panjang untuk mendapatkan keropok lekornya dan kebanyakan pelanggan tidak mempunyai masa yang banyak untuk beratur kerana keropok lekor bukanlah makanan keperluan tetapi makanan ringan sampingan. Berbagai-bagai lagi persoalan timbul dalam otaknya. Lagi difikir lagi kusut keadaan seolah-olah tiada penyelesaian dan tiada berkesudahan.

Menyedari hakikat ini, kami di Trainex telah melahirkan Trainex.Biz, sebuah platform digital untuk kegunaan masyarakat yang terkesan dengan Covid 19 ini untuk bangun semula dengan lebih kuat dan sistematik. Dengan sistem yang kami bangunkan ini Mak Cik Kiah tidak lagi perlu ke pasar, pelanggannya tidak lagi perlu beratur lagi. Mak Cik Kiah, dengan platform Trainex.Biz boleh mewujudkan kaedah “pandu lalu”. Mak Cik Kiah mampu melangkah lebih jauh lagi melalui platfom Trainex.Biz.

Buat Mak Cik Kiah, esok masih ada.