Mak Cik Kiah tersenyum kecil. Walaupun tua tapi keayuannya masih terserlah. Dia tersenyum kerana sejak mendapat didikan dari Trainex perniagaannya telah meningkat. Untungnya bertambah. Kalaulah keadaan ini berterusan, fikirnya, anak menantunya yang sekarang ini tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat gejala Covid-19 boleh membantunya. Tetapi Mak Cik Kiah takut. Takut kalau anak menantunya berhenti kerja untuk membantunya dan perniagaannya itu akan terkesan seandainya peningkatan perniagaannya itu hanya bersifat sementara. Takut jadi pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Sebenarnya Mak Cik Kiah tidak perlu risau. Di Trainex, melalui Trainex.Biz kami melatih Mak Cik Kiah menganalisa dan menilai situasi perniagaan melalui kaedah-kaedah yang telah terbukti keberkesanannya. Dengan data-data yang ada, pengusaha boleh membuat keputusan dan tindakan dengan lebih tepat untuk mempertingkatkan perniagaan atau sebaliknya.
Dalam menilai peningkatan sesebuah perniagaan itu, Trainex melihat kepada lima (5) petunjuk utama, iaitu, keluasan pasaran (market share), pengekalan pelanggan (customers’ retention), penambahan pelanggan (customer’ acquisition), kepuasan pelanggan (customers’ satisfaction), dan keuntungan pelanggan (customers’ profitability).
- Keluasan Pasaran
Keluasan pasaran boleh dilihat dari dua sudut dengan andaian harga dan kepelbagaian jualan tidak bertambah. Maksud keluasan pasaran di sini ialah jualan produk dan keuntungan. Misalnya, Mak Cik Kiah pada kelazimannya menjual 200 bungkus nasi lemak dan semuanya habis terjual dari pukul 6:00 pagi hingga jam 1200 tengah hari. Ertinya, keluasan pasarannya adalah dua ratus bungkus sehari. Keuntungannya adalah sekadar 200 bungkus jualan.
Tiba-tiba jualannya habis terjual pada jam 10:00 pagi. Ertinya ini adalah pertambahan pembeli. Mak Cik Kiah ada lagi dua jam untuk jualan. Apakah esoknya dia harus menambah jualannya? Inilah yang harus dinilai sebaik mungkin, jangan jadi pepatah Melayu, burung terbang dipipiskan lada.
- Pengekalan Pelanggan
Mengekalkan pelanggan yang sedia ada adalah satu perkara yang amat mencabar. Kalau Mak Cik Kiah menjual 200 bungkus satu hari dari 6:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari, ini menunjukkan yang membeli nasi lemak Mak Cik Kiah adalah pelanggan setia Mak Cik Kiah. Kalau mereka berhijrah kepada penjual lain, ini bererti kerugian yang besar kepada Mak Cik Kiah. Mungkin ada orang lain yang akan datang membeli tetapi mungkin selepas jam 12, bererti Mak Cik Kiah akan bekerja lebih masa atau pun jualan tidak habis. Bagaimana mahu mengekalkan pelanggan setia Mak CiK Kiah?
– Bersambung pada episod yang akan datang –
Recent Comments